Sponsor Advertisement

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Monday 12 December 2011

Kenapa Saya Pilih Kerjaya Perunding Unit Trust

Jun 1998, saya diperkenalkan dengan kerjaya ini oleh seorang rakan yang telah saya kenali dan pernah sama-sama menjalankan perniagaan IT di sekitar tahun 2000-2002. Sebenarnya rakan saya itu telah beberapa kali mempelawa saya menyertai Public Mutual Berhad sebagai Perunding Unit Trust tapi saya tidak begitu berminat kerana tidak berpeluang mendapat penjelasan mendalam mengenai kerjaya ini. Namun selepas beberapa pertemuan, saya diberikan penjelasan mengenai prospek kerjaya ini, lantas saya bersetuju untuk menduduki exam yang dianjurkan oleh FMUTM (sekarang FIMM). Exam ini adalah wajib untuk melayakkan seseorang individu menjadi Perunding Unit Trust bertauliah. Tidak menjadi satu masalah bagi saya untuk lulus dalam exam berkenaan kerana latarbelakang pendidikan saya dalam bidang perakaunan.
Bagaimanapun kerana masih mempunyai komitmen lain dalam perniagaan hartanah yang saya ceburi sejak 2004, saya tidak terus aktif dalam kerjaya baru ini. Cuma sesekali saya akan mengikuti kursus atau kelas yang diadakan oleh pihak Public Mutual Berhad. Pada pertengahan 2010 perniagaan hartanah saya merudum dan saya mengalami kejatuhan yang teruk dalam perniagaan. Tahu sajalah kesan kejatuhan ini sangat teruk bukan sahaja kepada diri sendiri malah keluarga dan anak-anak. Akibat kejatuhan perniagaan hartanah, saya kembali hidup susah dan terpaksa 'melepaskan" dua buah Mercedes Benz dan sebuah banglo untuk membayar hutang perniagaan. Pengalaman ini memang perit menyebabkan saya memilih untuk tidak lagi mengambil risiko besar dengan menceburkan diri semula dalam bisnes yang memerlukan modal besar sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Apa yang membimbangkan saya ialah kalau-kalau saya masih gagal dalam percubaan kali kedua, sudah tentu saya akan menanggung beban hutang yang besar. Dalam usia yang melepasi 40an, saya tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan eksperimen demi eksperimen yang berisiko tinggi. Sebagai orang Islam, saya tidak mahu meninggal dunia dengan mempunyai beban hutang. Yang pasti ahli keluarga saya tidak akan mampu untuk menjelaskannya.
Ketika itulah kerjaya sebagai Perunding Unit Trust mula menjadi perhatian saya. Saya tahu kerjaya ini sememangnya adalah satu peluang keemasan untuk saya kembali mengecapi kejayaan dan kesenangan dalam kehidupan. Yang paling pasti kerjaya ini tidak berisiko besar dan saya tidak mungkin jatuh muflis kerananya, sedangkan potensi untuk mencapai kejayaan amat cerah. Rata-rata yang menceburi kerjaya ini dan berusaha gigih dalam masa tiga ke lima tahun, berjaya mencapai kedudukan kewangan yang stabil dan mantap.
Modal permulaan yang diperlukan untuk memulakan kerjaya ini amat kecil, hanya RM250 sebagai yuran exam dan sedikit peruntukan untuk menampung kos petrol, aktiviti promosi, telefon, kursus-kursus dan borang-borang berkenaan. Campur tolak kalau ada dalam RM1000 ke RM2000 sudah amat memadai. Sekiranya anda mempunyai lebih daripada jumlah itu, katakan RM5000 atau RM10,000, pastinya ini akan lebih melancarkan perkembangan kerjaya anda.
Tanpa memerlukan modal yang besar, sudah tentulah kerjaya ini menuntut kesungguhan, semangat, dedikasi dan sikap sentiasa mahu belajar untuk mencapai kejayaan. Ganjaran yang ditawarkan oleh syarikat pengurusan unit amanah adalah sangat berbaloi dengan usaha, komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan. Dengan strategi yang betul dan usaha yang gigih, seorang Perunding Unit Trust mampu meraih pendapatan sehingga 5 angka sebulan hanya selepas menyertai kerjaya ini antara 3 ke 5 tahun. Begitu cepat bukan? Masakan kita mampu memperolehi pendapatan sebegitu besar dalam tempoh sesingkat itu dengan bekerja makan gaji sekalipun memiliki segulung diploma atau ijazah.
Saya kini sedang menuju ke arah itu dan dengan sokongan rakan-rakan senior serta restu keluarga saya yakin akan mencapainya dalam masa terdekat ini.
Paling istimewa untuk menceburi kerjaya ini, tidak perlu kepada segulung diploma atau ijazah, cukup sekadar berkelulusan SPM. Saya percaya ramai rakan-rakan yang hanya sekadar berkelulusan SPM di seluruh negara tidak mendapat peluang untuk mempunyai kerjaya yang stabil dan pendapatan mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Kerjaya Perunding Unit Trust menawarkan peluang kedua untuk membina kestabilan kewangan kepada semua yang mungkin tidak berpeluang menggenggam ijazah atau diploma.    Saudara dan saudari juga mempunyai peluang yang serupa. Rebutlah peluang ini sekarang juga ketika masih belum terlewat. Syarat untuk menjadi seorang Perunding Unit Trust mungkin akan diperketatkan dari tahun ke tahun. Siapa tahu, dalam setahun dua akan datang, kelayakan minima yang diperlukan ialah diploma atau mungkin ijazah. Jadi ceburilah kerjaya ini sekarang, dan binalah masa depan yang gemilang bersama kami di Public Mutual Berhad.
Kerjaya ini bukan sekadar untuk yang tidak memiliki ijazah atau diploma sahaja. Sebenarnya ramai di kalangan perunding unit trust tergolong dari kalangan yang berkelulusan ijazah dan diploma. Kelulusan yang lebih tinggi tentunya satu kelebihan kepada individu terbabit.
Tidak kurang juga yang menyertai kami dari kalangan graduan yang kecewa dengan pelbagai masalah dan tekanan kerja serta gaji bulanan yang tidak setimpal dengan kelulusan mereka.
Bagi anda yang masih sangsi...nasihat saya, usahlah cuba mendapatkan pandangan atau nasihat daripada mereka yang tidak berada dalam bidang ini kerana anda mungkin mendapat gambaran yang tidak tepat. Tiada ruginya untuk mendapatkan penjelasan dari kami. Perjuangan kami juga berteraskan keikhlasan kerana kami mahu melihat ramai lagi anak-anak sebangsa dan seugama berjaya dalam bidang ini.
Tahukan saudara/saudari...selain menerima komisen yang lumayan setiap bulan, pelbagai lagi ganjaran menarik ditawarkan oleh Public Mutual, antaranya ialah komisen overriding, bonus akhir tahun, faedah kerjaya (career benefit), kenaikan pangkat dan pelancongan ke luar negara. Malah setiap jualan yang berjaya diperolehi akan menyumbang kepada satu pendapatan ajaib iaitu pendapatan pasif bulanan yang sentiasa meningkat dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun yang akan terus dibayar pada setiap bulan selama mana anda berada dalam kerjaya ini. Tidak hairanlah, rakan-rakan yang lebih senior mampu meraih RM30 ribu - RM50 ribu sebulan walaupun jualan pada bulan berkenaan tidak besar. Usah tunggu lagi, dapatkan penjelasan kami seberapa segera. Jangan biarkan masa terus berlalu sambil melihat sahaja peluang ini direbut oleh orang lain. Semakin lama anda menunggu dan terus menunggu, dan usia semakin meningkat semakin besar kerugian melepas yang anda alami...sedangkan pada masa yang sama semakin ramai Perunding Unit Trust terus membina empayar dan mengukuhkan kedudukan kewangan mereka dari masa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons