Sponsor Advertisement

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Monday 12 December 2011

Catatan Pengalaman Seorang Perunding Unit Trust

Februari 2011, saya mula memberi tumpuan kepada aktiviti promosi dana-dana unit trust yang diperkenalkan oleh syarikat. Pada peringkat awal, saya menempuh pelbagai kesukaran terutama untuk membuat jualan mungkin kerana cetek pengetahuan dan kurang pengalaman mengenai selok belok perniagaan unit trust. Mungkin juga saya belum menguasai teknik-teknik yang betul dalam memberi penjelasan kepada prospek yang saya temui. Namun saya terus berusaha mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan bisnes ini samada melalui tunjuk ajar dari rakan-rakan lebih senior, kursus-kursus dan pembacaan. Alhamdulillah, dari sehari ke sehari keyakinan mula tumbuh dalam diri dan saya mulai berjaya membuat jualan demi jualan. Bermula dengan jualan hanya di sekitar RM30,000 pada bulan pertama, jualan saya meningkat kepada lebih RM100,000 pada bulan ke dua dan seterusnya nilai jualan saya sentiasa mencecah ratusan ribu ringgit sebulan.
Agak melucukan kerana pada peringkat awal timbul perasaan malu dan rendah diri ketika berusaha mencari pelanggan tetapi kini semuanya menjadi begitu seronok. Setiap pengalaman ketika berdepan dengan prospek samada secara "table talk" atau "group presentation" mahupun ketika membuka booth-booth promosi di lokasi-lokasi tertentu secara tidak langsung telah mengasah kemahiran saya dalam membuat jualan. Hasilnya dapat dilihat dari nilai jualan yang berjaya dicatatkan setiap bulan. Saya percaya semua rakan-rakan Perunding Unit Trust juga menempuh pengalaman yang hampir serupa. Kini, kami tidak lagi merasakan kerjaya ini sebagai satu kerjaya remeh yang hanya layak dipandang sebelah mata, malah sebaliknya kami pula yang merasa kasihan kepada rakan-rakan yang masih memperkecil-kecilkan kerjaya ini. Pada kami mereka ini mungkin berfikiran naif dan mempunyai minda tertutup yang enggan menerima hakikat bahawasanya mereka sudah jauh ketinggalan.
Sedarlah wahai rakan-rakan yang dikasihi, kaum lain telah sekian lama menyedari potensi serta peluang hebat yang boleh diraih melalui kerjaya sebagai Perunding Unit Trust. Buktinya begitu ramai di kalangan kaum Cina dan India yang sekian lama mengecapi nikmat kemewahan dan kebebasan kewangan hasil daripada kerjaya ini. Ramai di kalangan mereka muncul sebagai pemimpin disegani rangkaian perunding yang berjaya mencatat jualan beratus juta ringgit setiap tahun. Bayangkan berapa agaknya pendapatan yang diraih oleh mereka setiap bulan? Tidak keterlaluan kalau saya katakan mereka ini berstatus "Genuie Millionaire" yang tidak perlu memerah otak umtuk membayar gaji pekerja, sewa kedai atau lain-lain kos operasi sebagaimana lazimnya dalam suatu perniagaan biasa.
Seperti mereka, kita semua boleh berjaya dalam kerjaya ini. Anda juga tidak terkecuali. Lebih menarik, tiada sesiapa yang akan menghalang kita mencapai kejayaan. Persaingan di kalangan rakan-rakan perunding juga mat sihat malah "upline" dan rakan-rakan senior sentiasa bersedia membantu dan memberi tunjuk ajar. Pihak syarikat pula sering menyediakan pelbagai kursus dan kelas-kelas bimbingan tanpa mengenakan caj atau yuran yang tinggi. Pelbagai bentuk ilmu dan pengetahuan boleh dipelajari hanya dengan sedikit bayaran, yang dikenakan sekadar untuk menampung sebahagian kos pengendalian kursus termasuk makan minum. Paling menarik ialah potensi pasaran yang belum diterokasi amat besar dan sentiasa berkembang dari masa ke semasa, ditambah dengan reputasi syarikat yang begitu gah dipersada industri unit trust negara ini. Hanya dengan mempraktikan beberapa strategi dan pendekatan yang betul sesiapa sahaja mampu mencatat kejayaan. Tidak perlu menunggu lama untuk anda mengecapinya. Cukup sekadar 3 ke 5 tahun sahaja. Tahun-tahun berikutnya anda bakal dilimpahi dengan pelbagai pengalaman mewah dan menyenangkan.
Sejak memberi tumpuan dalam kerjaya ini, kehidupan saya jauh berubah dan lebih bermakna. Apatah lagi dana-dana patuh syariah yang ditawarkan oleh syarikat secara tidak langsung membolehkan saya membantu pelanggan dan prospek baru menjana keuntungan yang halal di sisi ugama. Malah saya hanya memilih untuk memasarkan dana-dana yang mematuhi prinsip syariah sahaja kerana sebagai orang Islam saya inginkan rezeki yang jelas halal dan berkat. Selain seronok menerima komisen yang semakin meningkat setiap bulan, saya juga gembira kerana dapat membantu individu-individu yang turut ingin meraih pendapatan stabil melalui kerjaya ini.
Sesiapa sahaja mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dalam kerjaya ini. Namun semuanya terletak pada individu itu sendiri. Segala formula dan resepi kejayaan telah tersedia, yang perlu ialah mempraktikkan langkah demi langkah mengikut kaedah-kaedah yang betul. Usah sesekali mudah berputus asa kerana tiada jalan pintas untuk berjaya. Permulaannya mungkin memberikan hasil yang tidak seberapa, namun setiap usaha, kesungguhan dan kesabaran pasti akan diberi ganjaran jua. Yang pasti ganjaran yang bakal diterima bukanlah ganjaran yang biasa-biasa!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons