Sponsor Advertisement

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Friday 9 December 2011

Mengenali Dunia & Kerjaya Perunding Unit Amanah

Ramai yang pernah mendengar istilah Perunding Unit Amanah atau setidak-tidaknya pernah ditemui oleh individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai Unit Trust Consultant. Seringkali kita beranggapan mereka adalah tidak lebih daripada seorang jurujual biasa yang cuba menawarkan produk jualan mereka. Tidak kurang yang memandang remeh terhadap kerjaya ini. Malah jarang sekali ianya menjadi pilihan graduan yang baru menamatkan pengajian samada di IPTA mahupun IPTS. Ini sekaligus menggambarkan betapa kerjaya ini sememangnya bukan suatu kerjaya pilihan ramai.

Ironinya pula sebilangan besar mereka yang berjaya sebagai Perunding Unit Amanah terlebih dahulu menceburi kerjaya lain yang dianggap lebih berstatus atau ada kelas tetapi akhirnya selepas memberi komitmen bertahun-tahun mereka akhirnya kecewa terutama apabila ganjaran yang diterima seolah-olah tidak berbaloi dengan usaha, komitmen dan masa yang dicurahkan. Apatah lagi dalam keadaan ekonomi semasa di mana kadar inflasi yang terus dan terus meningkat dari tahun ke tahun. Imbuhan atau gaji bulanan yang diterima serta kenaikan gaji tahunan tidak dapat menampung kenaikan kadar inflasi.
Hakikatnya ramai yang tidak menyedari bahawa kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah adalah satu kerjaya hebat yang menawarkan potensi masa depan yang cukup cerah. Malah boleh dianggap sebagai "Lubuk Emas" bagi yang mengetahui potensi sebenar kerjaya ini. Masakan kenyataan ini tidak benar kerana begiitu ramai Perunding Unit Amanah yang menikmati pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan hanya selepas 3 ke 5 tahun menceburi kerjaya ini. Malah tidak kurang dari 1000 jutawan telah muncul di kalangan individu-individu yang sering dipandang remeh ini.

Industri Unit Amanah di Malaysia adalah satu industri bernilai berbilion-bilion ringgit. Syarikat-syarikat unit amanah saling berlumba-lumba memperkenalkan pelbagai produk-produk unit amanah yang inovatif sesuai dengan selera penyimpan/pelabur. Industri ini terus berkembang dengan begitu pesat dari tahun ke tahun. Ini membuktikan bahawa kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah bukan lagi kerjaya remeh, jurujual biasa ataupun satu kerjaya yang tidak mempunyai masa depan, jauh sekali mampu memberi jaminan kemewahan dan kestabilan kepada mereka yang menceburinya. Begitu ramai yang berpendapatan setaraf gaji bulanan seorang Ketua Ekskutif syarikat korporat malah mampu membina kebebasan sebenar dari segi kewangan dan kebebasan masa.
Blog ini sengaja diwujudkan untuk menyediakan satu landasan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mencapai kebebasan kewangan dan membina kerjaya cemerlang sebagai Perunding Unit Amanah, di samping memberi panduan dan tunjukajar untuk berjaya dalam bidang ini. Rakan-rakan dalam rangkaian kami di seluruh negara bersedia membimbing rakan-rakan baru untuk sama-sama mengecapi pelbagai faedah dan ganjaran yang cukup menarik yang mungkin sukar diperolehi dari mana-mana kerjaya lain yang pernah anda ceburi. Salam perkenalan dari kami dan teruskan mengikuti perkembangan blog ini dari masa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons