Sponsor Advertisement

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Sunday 18 December 2011

Kenapa Pelaburan Unit Trust Menjadi Pillihan

Pelaburan unit trust bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Sejak Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan oleh pihak kerajaan melalu PNB pada sekitar 1980an, dan kemudiannya diikuti oleh Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB), begitu ramai rakyat negara ini telah terbabit dalam pelaburan unit trust (unit amanah).
Pelaburan unit trust adalah salah satu daripada cabang pelaburan yang berjaya menarik pelaburan bernilai berbilion-billion ringgit dan semakin popular di samping lain-lain bentuk pelaburan seperti pelaburan terus di bursa saham, pelaburan hartanah, pasaran matawang dan pelaburan emas.
Mengapa ianya menjadi pilihan dan kenapa pelaburan unit trust seharusnya dipertimbangkan sekiranya anda berhasrat untuk membuat sesuatu pelaburan. Pelaburan bermaksud anda mengeluarkan sejumlah modal tertentu untuk dilaburkan dalam sesuatu bidang tertentu dalam suatu tempoh masa tertentu dengan tujuan memperolehi pulangan yang diharapkan. Namun yang pasti semua bentuk pelaburan menawarkan potensi pulangan tertentu dan pada masa yang sama mempunyai risiko tertentu.
Pelaburan unit trust menawarkan beberapa kelebihan yang mungkin tidak ada pada lain-lain bentuk pelaburan. Antara yang jelas ialah:

  1. Pengurusan Profesional - wang pelaburan anda dalam sesuatu dana unit trust diuruskan secara profesional oleh syarikat pengurusan unit trust yang menggaji kakitangan khusus terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang pelaburan dan pasaran saham. Sudah tentulah kepakaran mereka ini dalam menguruskan wang pelaburan anda (dan lain-lain pelabur) akan menghasilkan pulangan yang jauh lebih baik berbanding sekiranya anda sendiri yang menguruskan pelaburan anda secara langsung. Pelabur unit trust tidak perlu mempunyai kemahiran dalam bidang pelaburan dan pasaran saham kerana pelaburan anda sebenarnya akan diuruskan oleh mereka-mereka yang profesional dan berkemahiran tinggi dalam bidang ini.
  2. Modal yang kecil - tidak seperti kebanyakan bentuk pelaburan, pelaburan unit trust tidak memerlukan seseorang pelabur mengeluarkan modal yang besar. Sebahagian besar pelaburan unit trust boleh dibuat dengan hanya bermodalkan RM1000 ringgit dan hanya RM100 untuk pelaburan tambahan. Caj yang dikenakan oleh syarikat pengurusan unit trust juga rendah iaitu di antara 3%-5.5% semasa belian atau jualan bergantung kepada syarikat unit trust berkenaan. Berbanding pelaburan lain, kos pelaburan unit trust adalah lebih rendah.
  3. Kecairan - Pelabur dalam sesuatu dana unit trust boleh menukarkan pelaburannya untuk mendapatkan tunai dengan menjual semula unit-unit yang dipegang kepada syarikat unit trust berkenaan. Suruhanjaya Sekuriti menetapkan bahawa syarikat unit amanah harus membeli semula unit-unit yang dipegang oleh pelabur dan menjelaskan bayaran hasil penjualan unit-unit dalam tempoh 10 hari bekerja.
  4. Penyebaran risiko - sesuatu dana unit trust kebiasaannya dilaburkan dalam pelbagai sektor, industri, syarikat dan lokasi. Komposisi pelaburan juga berbeza-beza antara satu dana dengan dana yang lain sesuai dengan objektif pelaburan dana berkenaan. 
  5. Kepelbagaian - pelabur boleh memilih untuk membuat pelaburan dalam pelbagai dana mengikut kategori dana seperti dana ekuiti, dana bond, dana pasaran wang dan dana hartanah yang diedarkan syarikat unit trust Ini memberikan kepelbagaian pilihan sekaligus memenuhi objektif kewangan yang berbeza-beza.
  6. Pulangan yang baik - Pelabur unit trust boleh menjangkakan untuk mendapat pulangan yang lebih baik di antara 12%-17% setahun bergantung kepada dana yang dilabur, suasana ekonomi dan pasaran saham bagi tempoh berkenaan serta kecekapan syarikat pengurusan unit trust.
  7. Proses mudah dan ringkas - hanya dengan mengisi borang berkenaan dan membuat sejumlah bayaran, pelabur telahpun selesai melabur dalam sesuatu dana. Pelaburan juga boleh dibuat melalui arahan debit daripada akaun bank. Jadi ianya cukup mudah dan ringkas.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons