Sponsor Advertisement

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Wednesday 14 December 2011

Bolehkah Berjaya Sebagai Perunding Unit Amanah?

"Bolehkah Berjaya kalau buat unit trust?" "Bolehkah berjaya?" Inilah soalan cepu emas yang seringkali diajukan oleh sebilangan besar dari kita apabila dipelawa menjalankan perniagaan unit amanah. Saya turut tidak terkecuali. Bahkan bukan sekali saya bertanya soalan ini malah berkali-kali. Bolehkah berjaya? Bolehkah berjaya? Boleh berjaya ke ni?! Bagaimana kalau tak berjaya? Bagaimana nak berjaya? Senang ke susah nak berjaya? Ini semua persoalan yang sering timbul apabila dipelawa oleh rakan-rakan untuk menyertai team mereka dalam unit trust walaupun hati sebenarnya sudah mula tertarik dengan kerjaya ini.
Ramai termasuklah saya agak ragu-ragu dengan potensi kerjaya ini. Apatah lagi bagi golongan yang telah sekian lama bekerja dan memperolehi gaji bulanan samada kakitangan kerajaan mahupun swasta. Bagi yang telah berpengalaman menjalankan perniagaan mungkin persoalan ini tidaklah begitu membebankan, kerana sebagai usahawan atau peniaga sudah pasti telah terbiasa dengan keadaan tiada pendapatan tetap bulanan. Bahkan tidak keterlaluan, 3 tahun pertama sesuatu perniagaan adalah satu tempoh eksperimen yang mungkin tidak mendatangkan sebarang hasil untuk menampung perbelanjaan keluarga. Jadi bagi yang pernah terlibat dalam perniagaan, kebimbangan mengenai potensi kerjaya Perunding Unit Trust untuk menjana pendapatan yang sekurang-kurangnya cukup untuk membiayai perbelanjaan keluarga tidaklah begitu ketara.
Sering juga kedengaran, ramai yang mencuba bidang ini hanya bertahan dalam tempoh yang singkat, malah ramai juga yang terus "hilang" selepas hanya kurang dari setahun sebagai Perunding Unit Trust. Ertinya ramai yang gagal dan tidak mampu meneruskan kehidupan dengan kerjaya ini. Sering saya terdengar keluhan dari kalangan pelanggan unit trust, mereka tidak dapat menghubungi perunding yang menguruskan pelaburan mereka dahulu. Ada pula yang mengadu, perunding mereka telah berhenti menjalankan perniagaan ini. Jadi, kalau begitu...bolehkah berjaya?
Sebenarnya dalam apa jua bidang, ada yang berjaya dan ada yang gagal! Bahkan dalam bidang yang dianggap mudah bagi kebanyakan orang mungkin sukar bagi sebilangan yang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan tertentu. Bidang ini juga tidak terkecuali, ramai yang gagal tetapi ramai pula yang berjaya dan mengecapi kemewahan hasil daripada kerjaya Perunding Unit Trust. Tidak kurangnya juga yang telah berstatus jutawan. Cuma tidak seperti kebanyakan orang MLM, perkara ini tidak digembar-gemburkan. Memang pun perniagaan unit trust bukanlah MLM. Saya secara peribadi telah menemui tidak kurang dari sepuluh perunding unit trust yang memperolehi pendapatan antara RM50 - RM100 ribu sebulan, sudah pasti mereka ini sudah berstatus jutawan atau sekurang-kurangnya menghampiri status berkenaan. Boleh dikatakan mereka ini memang "low profile"  dan tidak suka menunjuk-nunjuk mengenai pendapatan mereka. Yang selalu saya dengari dari mereka ialah kata-kata semangat dan perangsang agar kita turut mencapai tahap seperti mereka di samping tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.
Seorang rakan perunding unit trust yang rapat dengan saya pernah memberitahu bahawa dia telah merekrut lebih dari 100 orang perunding dalam kumpulannya namun tidak sampai sepertiga yang masih aktif. Saya sendiri telah merekrut hampir 50 orang perunding sejak 2008 tetapi hanya segelintir yang masih kekal aktif. Yang lain "hilang" atau telah menceburi kerjaya baru. Jadi..sekali lagi bolehkah berjaya? Jawapannya ialah, anda dan saya pasti boleh berjaya dalam bidang ini. Saya yakin, peluang untuk berjaya amat cerah kerana faktor pasaran yang begitu besar. Skim Pengeluaran EPF akaun 1 untuk pelaburan unit trust sahaja sudah cukup menawarkan potensi pasaran yang amat luas. Daripada lebih 6,000,000 ahli EPF yang layak, tidak sampai sejuta yang telah menyertai skim ini. Yang selebihnya menunggu peluang untuk menyertai skim ini.
Pada pandangan saya, setelah saya mengamati antara sebab-sebab utama kenapa seseorang itu "hilang" selepas hanya seketika dalam kerjaya ini ialah sikap tergesa-gesa ingin cepat kaya, kurang berusaha, tiada inisiatif, tidak mahu belajar dan tidak bijak dalam pengurusan pelanggan. Mereka ini bertukar ke kerjaya baru dan hampir semuanya masih terkapai-kapai dengan kerjaya baru mereka. Sedangkan semakin ramai rakan-rakan mereka yang terus kekal dengan kerjaya ini mula mengukuhkan kedudukan dan memperolehi pendapatan yang semakin baik, jauh lebih baik daripada pendapatan bekas rakan-rakan yang tidak sabar dan cepat "give up" ini.
Perunding Unit Trust ialah satu perniagaan yang cukup unik dan istimewa. Selain berurusan dengan syarikat yang amat kukuh, perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar, cukup sekadar menggunakan sedikit simpanan untuk menampung pergerakan pada peringkat permulaan sahaja. Pendapatan pula akan diperolehi setiap bulan, melalui komisen yang dibayar oleh pihak syarikat. Walaupun anda mempunyai beratus bahkan mungkin beribu "downline" dalam kumpulan anda, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk membayar gaji mereka. Semuanya diuruskan oleh syarikat pengurusan unit amanah. Pendapatan bulanan akan semakin berkembang sejajar dengan kenaikan pangkat dan nilai jualan kumpulan anda. Selain menjaga kepentingan pelanggan, tanggungjawab utama seorang perunding ialah membuat jualan peribadi, mengembangkan rangkaian dan membantu meningkatkan jualan dalam kumpulan. Semuanya adalah lebih mudah kerana anda bekerja sebagai satu pasukan dan mendapat sokongan sepenuhnya syarikat unit amanah yang menaungi anda.
Kesimpuannya, semua mempunyai ruang dan peluang yang sama untuk berjaya, namun yang berjaya selalunya kerana mereka memiliki pelbagai elemen dan sikap yang positif. Bersama kami,..anda juga boleh berjaya kerana kami sedang menuju ke arah kejayaan seperti yang telah dibuktikan oleh ramai rakan-rakan kami yang lebih senior.  


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons