Sponsor Advertisement

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Monday 16 January 2012

PROSPEK KERJAYA SEBAGAI PERUNDING UNIT AMANAH DI PUBLIC MUTUAL BERHAD

Perunding Unit Amanah adalah satu kerjaya yang menjanjikan pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang mungkin sukar diperolehi melalui kerjaya-kerjaya biasa yang lain. Samada dari segi pendapatan, kebebasan,pengurusan masa, risiko dan masa depan, kerjaya sebagai perunding unit amanah menawarkan pelbagai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Namun sepertimana lain-lain kerjaya berprofail tinggi ianya satu kerjaya yang penuh mencabar dan menuntut kemahiran, komitmen serta tahap kesabaran yang tinggi sebelum segala matlamat dan cita-cita mampu dicapai.
Walaupun syarat untuk memulakan kerjaya ini tidak memerlukan kelulusan yang tinggi (hanya Sijil Pelajaran Malaysia) sebagai syarat minima, namun calon-calon yang ingin berjaya perlu mempunyai ciri-ciri dan keterampilan serta sikap positif yang sememangnya sentiasa ditagih dalam membentuk seorang Perunding Unit Amanah yang berjaya. Hanya yang benar-benar dahagakan kejayaan dan sanggup menempuhi pelbagai cabaran serta istiqamah dalam setiap usaha akan mencapai status berjaya dalam kerjaya ini. Tidak hairanlah ramai yang pernah menceburi kerjaya ini yang gagal dan tidak mampu bertahan namun tidak kurang pula yang saban tahun meraih pelbagai pencapaian diri yang membanggakan.
Namun satu perkara yang istmewa dalam kerjaya ini ialah ia menawarkan satu peluang keemasan yang sama rata kepada semua individu yang dahagakan kejayaan dan mengimpikan kehidupan yang lebih sempurna dan selesa melebihi tahap kehidupan individu-individu biasa. Samada anda berkelulusan tinggi dengan mempunyai ijazah atau anda sekadar memiliki SPM, anda tetap mendapat peluang yang sama rata untuk berjaya dalam kerjaya ini. Lain-lain kerjaya yang memberikan pendapatan bulanan mencecah puluhan ribu ringgit sudah tentu hanya untuk golongan yang mempunyai ijazah atau sekurang-kurangnya diploma sahaja. Bagi anda yang hanya memiliki SPM, selayaknya anda hanya memperolehi pekerjaan yang biasa-biasa dan pendapatan bulanan yang sekadar cukup makan sahaja. Malah ramai daripada golongan ini pasti merungut kerana sentiasa dihimpit masalah kewangan. 
Kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah adalah umpama “penawar” bagi mereka yang tidak berkelulusan tinggi tetapi mengimpikan satu kehidupan yang lebih sempurna dan masa depan yang stabil. Dengan menyertai kerjaya ini anda boleh mengubah segala impian kepada realiti sebenar yang mungkin selama ini kelihatan seolah-olah tidak mungkin tercapai. Tidak kira samada anda sekarang hanya seorang pengurus, pegawai, kerani, jurujual, operator pengeluaran, pemandu bas atau sebagainya, kehidupan anda bakal menempuhi satu transformasi besar apabila anda menceburi kerjaya ini. Bahkan anda sudah boleh menanam cita-cita untuk memperolehi pendapatan sebesar gaji CEO syarikat korporat sebaik anda melangkah masuk dalam dunia kerjaya ini. Segalanya bukan mustahil lagi sebaliknya segalanya mungkin dengan kerjaya ini.
Ramai yang tersalah anggap iaitu dengan menyamakan kerjaya ini dengan perniagaan jualan langsung atau MLM. Sebenarnya ia jauh berbeza, seorang Perunding Unit Amanah bukanlah seorang ahli jualan langsung...dan ianya langsung tidak mempunyai persamaan.
Tugas utama seorang perunding unit amanah (unit trust) ialah memberi penerangan mengenai dana-dana unit amanah yang ditawarkan oleh syarikat unit amanah yang disertainya dan seterusnya membuat seberapa banyak jualan yang mampu. Perunding akan memperolehi pendapatan dalam bentuk komisen yang dibayar oleh pihak syarikat berdasarkan jumlah jualan peribadi dan kumpulan yang berjaya dicatat untuk bulan berkenaan.
Perlu difahami unit amanah adalah satu bentuk pelaburan yang mampu memberikan pulangan melebihi purata kepada pelabur-pelabur dalam satu jangka panjang atau sekurang-kurangnya jangka sederhana. Sebagaimana ramai di kalangan rakyat Malaysia berlumba-lumba melabur dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Wawasan (ASW) dan sebagainya begitu jugalah peranan unit amanah yang dipasarkan oleh syarikat-syarikat pengurusan unit amanah seperti Public Mutual Berhad.
Oleh itu peranan seorang Perunding Unit Amanah ialah memberi penerangan mengenai produk-produk unit amanah kepada prospek atau bakal-bakal pelabur. Berbeza dari seseorang ahli MLM yang berusaha membuat jualan dan mendorong seseorang pelanggan mengeluarkan sejumlah perbelanjaan untuk membeli produk yang ditawarkan, perunding unit amanah sebaliknya memberi penjelasan mengenai seuatu bentuk pelaburan yang akhirnya menjana keuntungan kepada pelanggan. Dengan kata lain, ahli MLM mendorong pelanggan berbelanja manakala perunding unit amanah mendorong pelanggan melabur.
Komisen yang biasanya diperolehi oleh seorang perunding unit amanah ialah di antara 2% hingga 3.5% daripada nilai jualan yang dibuat. Public Mutual Berhad memberikan komisen sebanyak 2.75% untuk jualan pelaburan tunai dan 2% bagi pelaburan melalui KWSP. Ramai yang membandingkan kadar komisen ini dengan komisen yang diperolehi oleh seorang perunding insuran/takaful yang lebih tinggi iaitu sehingga 35%. Hakikatnya dua industri ini juga amat berlainan dari segi “nature”nya. Walaupun pada dasarnya kadar komisen seorang perunding unit amanah mungkin hanya 2.75% tetapi kebiasaanya nilai pelaburan agak besar berbanding premium bulanan yang dibayar oleh seorang pelanggan insuran. Sebagai contoh pelaburan sebanyak RM10000 ke RM100 000 ialah sesuatu yang biasa bagi seorang perunding unit amanah. Ini bermakna dengan kadar 2.75% seorang perunding unit amanah memperolehi  komisen sebanyak RM275 untuk pelaburan sebanyak RM10 000 dan RM2 750 bagi pelaburan sebanyak RM100,000.
Selain komisen jualan, pelbagai bentuk faedah dan ganjaran menarik lain turut dinikmati oleh seorang perunding unit amanah. Antaranya ialah komisen overriding bagi jualan kumpulan, menfaat kerjaya, Bonus akhir tahun, insentif kesamaan pangkat, perlindungan takaful percuma dan insentif pelancongan ke destinasi menarik di serata dunia.  
Nilai industri
Skim EPF
Kursus & Latihan
Bisness secara rangkaian
Syarikat stabil
  

3 comments:

karsillaawang@gmail.com said...

hello saya masih kurang faham tentang scop kerja perunding unit amanah. boleh kah tuan memperjelas secara terperinci

karsillaawang@gmail.com said...

adakah utuk memperjelas dana2 utuk membuat recuitment utuk menarik orang utuk join menjadi ahli perunding unit amanah? terimaksaih atas respon nya.

Anonymous said...

Sands Casino: What is the Difference Between a Casino and a
The Sands Hotel choegocasino Casino in Las Vegas is a 제왕카지노 resort located near the Las Vegas Strip and is 샌즈카지노 connected to the Las Vegas Convention Center.

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons