Sponsor Advertisement

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Wednesday 18 January 2012

PELABURAN UNIT AMANAH MELALUI AKAUN 1 KWSP

Sejak beberapa tahun lalu, pihak KWSP membenarkan para pencarum untuk menyertai pelaburan unit amanah melalui pengeluaran sebahagian daripada amaun akaun 1. Pengeluaran dari akaun 1 KWSP boleh dibuat setiap 3 bulan berdasarkan kelayakan mengikut Jadual Simpanan Asas KWSP (EPF Basic Saving Schedule).

Pengeluaran untuk tujuan ini dibenarkan bertujuan untuk memberi peluang kepada pencarum-pencarum KWSP menikmati potensi pulangan yang lebih tinggi berbanding dividen tahunan yang diagih oleh KWSP. Pencarum yang membuat pelaburan ke unit amanah melalui pengeluaran KWSP berpotensi memperolehi pulangan di antara 12% - 17% setahun berbanding purata dividen KWSP iaitu di sekitar 5% - 5.5% setahun. Pulangan tahunan yang mencecah 3 kali ganda ini membolehkan pencarum mempunyai simpanan persaraan yang jauh lebih besar apabila mencapai usia 55 tahun.

Mengikut satu kajian yang dibuat oleh pihak KWSP, lebih 75% golongan pesara di Malaysia menghabiskan semua simpanan persaraan mereka hanya dalam tempoh kurang dari 3 tahun selepas mencapai usia persaraan. Statistik ini amat membimbangkan kerana pesara terpaksa kembali bekerja untuk menampung perbelanjaan bagi meneruskan kehidupan. Tidak kurang juga yang terpaksa hidup dalam keadaan sengsara kerana tidak mampu bekerja ekoran masalah kesihatan di usia tua.

Pencarum KWSP perlu merebut peluang keemasan yang diberikan oleh pihak KWSP ini demi masa depan persaraan yang lebih baik. Dengan membuat pelaburan ke unit amanah, pencarum KWSP bakal memiliki jumlah simpanan yang jauh lebih tinggi seterusnya mampu menikmati kehidupan yang selesa untuk tempoh yang lebih lama.

Sebagai perbandingan, pencarum yang membuat pelaburan ke unit amanah sebanyak RM10000 pada usia 35 tahun bakal mempunyai simpanan mencecah RM163,000 pada kadar pulangan 15% setahun apabila mencapai usia 55 tahun kelak berbanding hanya RM25,000 (pada kadar 5% setahun) jika hanya membiarkan jumlah RM10000 tadi dibiarkan begitu sahaja dalam akaun 1 KWSP. Bayangkan betapa besarnya nilai kerugian yang ditanggung sekiranya pencarum mengambil langkah bijak hari ini dengan menyertai pelaburan unit amanah melalui pengeluaran akaun 1 KWSP hari ini.

Alangkah ruginya jika pencarum-pencarum KWSP yang layak tetapi tidak mengambil langkah mudah ini yang bakal membawa satu impikasi besar dalam kehidupan khususnya selepas bersara nanti. Bagaimana situasi anda untuk menghadapi hari-hari persaraan sebenarnya terletak di tangan anda sendiri. Dengan hanya mengambil satu tindakan bijak hari ini pastinya kehidupan persaraan anda lebih selesa dan bahagia kerana memiliki persediaan kewangan yang mencukupi sebagai bekalan apabila anda sudah tidak bekerja dan tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan lain.
Namun sehingga ini masih ramai di kalangan pencarum KWSP yang ragu-ragu dan tidak begitu yakin dengan pelaburan unit amanah terutama kebimbangan mengenai risiko kehilangan simpanan mereka. Lantaran itu mereka ini teragak-agak untuk menyertai skim yang ditawarkan oleh pihak KWSP ini. Kebanyakannya bimbang pelaburan mereka melalui simpanan KWSP dalam unit amanah akan menghadapi kemerosotan nilai yang memungkinkan mereka kehilangan sebahagian besar simpanan persaraan.

Sebagai satu-satunya organisasi terbesar yang menguruskan simpanan persaraan pekerja, pihak KWSP sebenarnya telah membuat kajian yang mendalam mengenai pelaburan unit amanah sebelum mengambil keputusan membenarkan pencarum mengeluarkan sebahagian daripada akaun satu untuk dilaburkan dalam unit amanah. Pihak KWSP sudah tentu tidak akan mempertimbangkan skim ini sekiranya ia tidak mampu memberikan pulangan yang lebih baik berbanding dividen badan itu sendiri. Oleh itu hanya pelaburan di syarikat-syarikat pengurusan unit amanah tertentu yang mempunyai rekod pencapaian terbaik sahaja dibenarkan oleh pihak KWSP. Antara yang terkemuka ialah Public Mutual Berhad iaitu syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan nilai dana diuruskan melebih RM43 bilion dan seramai lebih 2,500 000 pemegang akaun (Data sehingga Nov 2011).
Purata dividen tahunan KWSP sejak 10 tahun ialah di sekitar 5.5%. Dengan peningkatan kadar inlasi kadar ini tidak mampu memberikan pertumbuhan yang kompetetif kepada simpanan hasil caruman pekerja. Sebagai alternatif terbaik pencarum yang layak dibenarkan membuat pelaburan ke unit amanah untuk memperolehi pulangan yang lebih tinggi bagi satu tempoh pelaburan jangka panjang.  Mengikut rekod, kadar pulangan bersih tahunan yang dicatatkan oleh dana-dana tertentu Public Mutual Berhad ialah di antara 12%-17% setahun, yang sudah tentunya amat baik berbanding dividen diberikan oleh pihak KWSP. Dana-dana tertentu pula menawarkan perlindungan insuran secara percuma kepada pelabur-pelabur termasuk pelabur KWSP. Inilah antara kelebihan yang perlu direbut oleh semua pencarum KWSP yang layak.

Sebahagian daripada simpanan akaun satu pencarum tidak dibenarkan untuk tujuan pelaburan ke unit amanah. Jumlah ini akan terus tersimpan dan kekal dalam akaun satu KWSP pencarum dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai usia 55 tahun. Ianya dikenali sebagai Simpanan Asas yang ditetapkan mengikut usia pencarum. Hanya lebihan daripada jumlah Simpanan Asas ini yang boleh dilaburkan ke unit amanah manakala pada setiap kali pelaburan hanya 20% daripada lebihan Simpanan Asas ini yang dibenarkan. Pelaburan seterusnya hanya boleh dibuat selepas setiap 3 bulan menggunakan kaedah pengiraan yang sama.

Kaedah pelaburan secara berkala ini sebenarnya mempunyai kelebihan dan memberi potensi keuntungan lebih tinggi kepada pelabur unit amanah termasuk pelabur-pelabur melalui skim KWSP. Melalui kaedah pelaburan setiap 3 bulan, pelabur akan memperolehi unit-unit pada harga kos purata atau dikenali sebagai Nilai Kos Purata Ringgit. Kebiasaanya harga kos purata unit adalah lebih rendah berbanding purata harga unit bagi sesuatu tempoh pelaburan dan ini memberi lebih keuntungan kepada pelabur apabila unit-unit mengalami kenaikan nilai.

Pelaburan unit amanah adalah satu kaedah yang telah lama menjadi pilihan bagi pelabur-pelabur yang mempunyai tunai untuk memperolehi keuntungan dalam jangkapanjang atau sederhana. Sebelum ini hanya pelabur-pelabur yang mempunyai lebihan tunai mampu menyertainya  dan meraih keuntungan daripada pelaburan unit amanah manakala bagi yang tidak mempunyai lebihan tunai tidak berpeluang sama sekali melainkan dengan mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan, namun cara ini tidaklah digalakkan. Kini dengan kelonggaran yang diberikan oleh pihak KWSP, pencarum-pencarum yang tidak mempunyai lebihan tunai juga boleh meraih keuntungan daripada pelaburan unit amanah, sama seperti pelabur-pelabur tunai. Malah servis caj yang dikenakan oleh syarikat-syarikat unit amanah juga lebih rendah iaitu hanya 3% berbanding 5.5% bagi pelaburan secara tunai.
Pencarum KWSP yang mengambil sikap tunggu dan lihat untuk menyertai skim ini sebenarnya tidak memperolehi apa-apa keuntungan dengan sikap sedemikian. Semakin lama anda menunggu semakin “besar nilai keuntungan” yang terlepas. Ketika pencarum yang membuat pelaburan menikmati pulangan setinggi 15% setahun anda yang masih tidak berbuat demikian masih menerima dividen sekadar 5% setahun. Selain itu semakin usia anda meningkat dari tahun ke tahun, jumlah Simpanan Asas KWSP juga akan meningkat dan ini memungkinkan jumlah yang boleh dilaburkan ke unit amanah semakin kecil. Jadi yang terbaik ialah untuk menyertai skim ini seberapa segera sebaik sahaja anda melepasi had kelayakan Simpanan Asas yang ditetapkan oleh pihak KWSP.

Simpanan akaun 1 KWSP tidak boleh dikeluarkan selagi anda tidak mencapai usia 55 tahun sepertimana ditetapkan oleh pihak KWSP. Anda juga tidak boleh melakukan sesuatu ke atas simpanan anda sebelum tempoh itu dan selama itulah anda hanya mampu menerima apa sahaja kadar pulangan (dividen) yang diagihkan oleh pihak KWSP. Dengan kata lain anda hilang pengawalan ke atas simpanan anda sendiri, juga tidak berpeluang memaksimukan pertumbuhan simpanan persaraan anda. Pelaburan ke unit amanah adalah satu-satunya langkah yang dibenarkan oleh pihak KWSP untuk anda mengaktifkan simpanan anda ke tahap optimum bagi membolehkan anda memperolehi simpanan persaraan yang lebih besar apabila mencapai usia persaraan nanti.

Apa yang anda lakukan hari ini bakal menentukan keadaan apabila bersara nanti. Satu langkah bijak yang dibuat hari ini pasti akan merubah keadaan persaraan anda, malah dengan menyertai pelaburan unit amanah menggunakan akaun 1 KWSP hari ini akan menjadikan anda jauh lebih “kaya” berbanding mereka yang tidak peka dan tidak berbuat apa-apa ke atas simpanan KWSP mereka.  Peluang tersedia di hadapan anda, namun pilihan tetap di tangan anda. Tanyakan kepada diri anda kehidupan bagaimana yang anda mahu tempuhi  apabila bersara nanti, dan ambilkan langkah terbaik hari ini.
Sebagai rumusan berikut ialah kelebihan skim pengeluaran akaun 1 KWSP untuk pelaburan unit amanah:-
  1. 1.       Tidak membabitkan tunai
  2. 2.       Peluang memperolehi pulangan lebih tinggi
  3. 3.       Peluang membuat pelaburan secara berjadual  setiap 3 bulan sekali - kelebihan Nilai Kos Purata Ringgit
  4. 4.       Menikmati caj perkhidmatan lebih rendah berbanding pelabur tunai
  5. 5.       Peluang menikmati pulangan pelaburan sebagaimana pelabur-pelabur tunai
  6. 6.       Peluang mempelbagaikan pelaburan dan simpanan persaraan
  7. 7.       Memperolehi menafaat perlindungan takaful (bagi dana-dana tertentu)
  8. 8.       Memperolehi kawalan ke atas simpanan persaraan anda
  9. 9.       Memperolehi jumlah simpanan berganda apabila mencapai usia 55 tahun.
  10. 10.   Peluang menikmati kehidupan persaraan yang lebih selesa dan bahagia


Selebihnya akan diuruskan oleh perunding unit amanah dan syarikat unit amanah di mana anda membuat pelaburan. Pelabur menerusi skim ini akan menerima penyata pelaburan dari syarikat unit amanah dan penyata pengeluaran dari pihak KWSP,kebiasaanya selepas 2 minggu dari tarikh penyerahan borang. Pelabur juga akan menerima penyata pelaburan yang dihantar melalui pos ke alamat pelabur setiap 3 bulan sekali.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons